Muka Depan
Peluang emas cerah



Kontinjen Malaysia seramai 33 atlit akan berangkat ke Sukan Olimpik Beijing 2008 dengan harapan besar untuk menamatkan penantian emas Malaysia. Sejak beberapa tahun, persiapan dan latihan dijalankan serta banyak kejohanan berbentuk pendedahan disertai atlit negara untuk mengejar tiket kelayakan ke temasya empat tahun sekali itu.

berita penuh

Sidang Pengarang
Biar sukan dinilai dari sudut rasional

PENGKRITIK sukan ada kalanya mudah terjebak dengan bicara mengenai tahap kualiti dalam saingan daripada menilai keputusan terpuji dicapai atlit atau pun pasukan negara. Keputusan dalam sesuatu kejohanan akan dirakamkan dalam buku rekod dan di sini biarlah kita terima hakikat, kemenangan tetap kemenangan walau dengan apa cara pun ia dipersembahkan.
berita penuh

Atlit & Hobi
Botol Coke 'teman setia' Nurul


SEKALIPUN tidak gemarkan minuman bergas, namun gimnas artistik wanita, Nurul Fatiha Abdul Hamid sanggup mengeluarkan wang untuk mendapatkan tin, botol dan cenderamata minuman coke untuk dijadikan koleksi istimewa. Malah, perkara pertama terlintas dalam kotak fikirannya sebaik tiba ke sesebuah negara sama ada untuk menyertai pertandingan atau latihan ialah mencari kedai yang menjual minuman itu.

berita penuh

Gelanggang
Razi FC, Fimikha terbaik di Kedah


SEBANYAK 52 pasukan menunjukkan aksi hebat masing-masing bagi merebut dua tempat terbaik mewakili Kedah beraksi di peringkat grand final pada Karnival Futsal Milo Hidup Bola B-16 2008 yang berlangsung di WNS Sports Centre & Hostel, Alor Star, Sabtu, minggu lalu. Siri ketujuh kali ini membawa tuah kepada skuad futsal Razi FC apabila muncul juara selepas menewaskan Fimikha FC 2-0 pada aksi final.

berita penuh

Liga
United tiada tandingan


SIR Alex Ferguson sudah mula memikirkan masa depan ketika meraikan kemenangan bersejarah pada awal pagi Khamis di Stadium Luzhniki. Pengurus Manchester United itu baru saja memenangi kejuaraan keduanya, ketiga bagi kelab itu, dalam Liga Juara-Juara Eropah, tetapi tidak dapat disangkalkan lagi pengendali berusia 66 tahun itu tidak mahu pemainnya bersenang-lenang.

berita penuh

Remaja
Gegaran +Cabaran adidas makin terasa


BAHANG grand final kejohanan +Cabaran adidas 2008 semakin terasa tatkala 24 pasukan daripada 32 kesemuanya sudah mengesahkan tempat untuk beraksi di Dataran Merdeka 11 Mei depan.

berita penuh

E-mel Anda
Mengapa skuad bola sepak kita tiada karektor?

SEDIH dan malu melihat aksi pemain Malaysia menentang Indonesia, Isnin lalu. Mereka sebenarnya tiada ciri-ciri atau watak untuk digelar pemain negara ketika mutu permainan ada kalanya seperti taraf sekolah yang belajar bermain bola sepak.
berita penuh

MEMORI Emas
Rajamani - Ratu Olahraga


DATUK M Rajamani sudah melalui pelbagai liku kehidupan sebelum berhasil melakarkan kejayaan cemerlang dalam olahraga terutama lari pecut dan jarak sederhana. Jika pada era 1960an, M Jegathesan adalah raja olahraga maka Rajamani adalah ratunya dengan penampilan cukup menakjubkan untuk memukul rantau Asia dan memahatkan diri antara yang atlit terbaik sezaman.

berita penuh

Artis
Nonny tenang pandu go-kart


PUSINGAN pertama pemanduannya memperlihatkan rasa gusar dan kekok. Namun, selepas kenderaannya tersasar hingga memaksa pengajar, Azlan Abdullah mengalihkannya, Nonny terus memecut sehingga melebihi 10 pusingan. Artis kelahiran program realiti televisyen - Akademi Fantasia musim kelima (AF5) benar-benar kelihatan gembira dengan pemanduannya di litar go-kart Extreme Park, Sunway Lagoon.

berita penuh

Asia Bagus
Liu Xiang fenomena baru China


JUARA Olimpik China, Liu Xiang terus membanggakan Asia apabila mencatat rekod baru dunia dalam acara kegemarannya, 110 meter berpagar sesuatu yang amat cemerlang apatah lagi jika dibuat perbandingan antara pelari pecut Asia dan Eropah mahupun Afrika. Catatan 12.88 saat pada Kejuaraan Super Grand Prix di Lausanne, Switzerland awal Julai lalu menenggelamkan catatan lama 12.91s ciptaan pelari legenda Britain, Colin Jackson kira-kira 13 tahun lalu.

berita penuh

Gusti
Matt ikut kata hati, perasaan


NAMA Matt Hardy pastinya tidak dapat dipisahkan dengan pasangannya Jeff Hardy dalam dunia gusti antarabangsa dan pasangan Hardy Bozy itu pernah melakar sejarah World Wrestling Federation (WWF) ketika pertemuan menentang Edge dan Christian pada 1999.

berita penuh

Cub Prix
Expert: Saingan Litar Kluang pasti rancak


PELBAGAI tanggapan menyelubungi sekitar saingan kelas Expert dua minggu lalu di Taiping dengan rata-rata peminat dapat menyaksikan pelumba veteran seakan kehilangan taring berdepan pelumba muda. Bermulanya kelas Expert yang buat pertama kali menggunakan jentera empat lejang (4-lejang) selepas sekian lama beraksi bersama jentera 2-lejang.

berita penuh

Berita Harian | New Straits Times | Harian Metro


Copyright 2008 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas
Paparan terbaik dalam resolusi 1024 x 768